Mar 29
2011Keputihan Ketika Hamil
Filed Under (Info Semasa) by hassan on 29-03-2011
Tagged Under : hamil, Keputihan, keputihan ketika hamil, masaalah keputihan hamil
Adakah anda perasan yang anda mempunyai lelehan faraj yang berlebihan semasa hamil? Jangan bimbang, keadaan ini adalah normal.
Lelehan faraj normal atau vaginal discharge akan kelihatan agak keputihan, tidak berbau atau sedikit berbau. Walaupun ia mengalir dengan kuantiti yang lebih banyak semasa hamil, ia kelihatan seperti lelehan yang keluar beberapa hari sebelum anda datang haid. Hormon estrogen yang banyak dikeluarkan oleh uri dan bertambahnya aliran darah disekitar faraj adalah punca kepada fenomena ini.
Anda akan dapati ia akan bertambah dengan banyak sepanjang kehamilan anda. Pada saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin akan mengeluarkan plug mukus yang tebal yang membawa isyarat yang kelahiran sudah dekat.
Apa yang perlu saya buat?
Anda boleh gunakan pantiliner sekiranya ia terlalu banyak dan anda merasa selesa. Pastikan kawasan faraj bersih, gunakan alat pencuci yang sesuai dan sapu kering dari depan kebelakang.
Jangan gunakan:
- Tampoon
- Sabun yang berbau harum
- Pad yang harum
- Kertas tandas
- Douching
- Seluar ketat
Adakah saya mengalami jangitan faraj?
Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj.
Copy paste : http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=131:lelehan-faraj-semasa-hamil&catid=36:semasa-hamil&Itemid=58, http://artikellama.blogspot.com/2010/07/menangani-keputihan-pada-orang-hamil.html





Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya “Noni” (Hawaii, Polynesia); “Nono” (Tahiti); “Lada” (Guam); “Indian Mulberry” (India); “Painkiller tree” (Kepulauan Caribbean); “Nhau” (Sebahagian di Asia Tenggara); “Cheesefruit” (Australia); “Bumbo” (Afrika) dan “Kura” (Fiji).
Saw palmetto adalah pohon jenis palma yang banyak tumbuh di Barat Indies dan Tenggara Amerika terutamanya Florida, di persekitaran Everglades.
Kajian klinikal terakhir membuktikan bahawa ekstrak saw palmetto sangat bermanfaat dalam BPH. Adapun mekanisma tindakbalasnya dalam merawat BHP adalah dengan menghalang perubahan testosterone kepada DHT, agen yang bertanggungjawab dalam pembesaran prostate. Disamping itu ekstrak saw palmetto juga menghalang ‘binding’ DHT dengan ‘receptors’ yang menghalang tindakbalasnya. Ia juga menunjukkan kesan inhibitory bagi androgen dan ‘estrogen nuclear receptors’. Bagaimanapun ia berlaku tanpa mengganggu paras testosterone, follicle-stimulating hormone, dan luteinizing hormone. Terlebih penting Saw Palmetto tidak mendatangkan kesan paras PSA, oleh itu ia tidak menghalang untuk dilakukan ujian PSA untuk mengesan kanser.
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga “Lamiaceae” yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.Nama lainnya ialah Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee, Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis Koetjing and Yaa Nuat Maeo.





