Sep 10
2008Rawatan Herba HPA Dijamin Halal Suci Dan Selamat.
Filed Under (Info Semasa) by hassan on 10-09-2008
Tagged Under : website herba
Tercari-cari produk kesihatan yang sesuai untuk jadi sihat? Inginkan sesuatu yang selamat, suci, halal, berkualiti dan bebas dari bahan kimia?
Di Sihat Herba menawarkan anda cara yang lebih natural dan Alami untuk sihat melalui produk kesihatan berasaskan herba.
· Ubat yang anda ambil tidak menyelesaikan masalah kesihatan anda?
· Terus dibelenggu masalah kesihatan yang tidak berkesudahan?
· Sangsi dengan bahan yang digunakan di dalam produk kesihatan anda?
· Tidak pasti sama ada ubat yang anda makan selamat atau tidak?
· Rimas dengan kesan sampingan ubatan moden tetapi tiada pilihan lain?
Anggaplah masalah anda telah selesai! Di Sihat Herba.com mereka menawarkan anda produk kesihatan berasaskan herba yang
· Halal, suci, bersih dan berkualiti
· Selamat diguna dan diamalkanTidak mengandungi bahan kimia merbahaya
· Tidak mengandungi steroid
· Tiada kesan sampingan yang mudarat.
MEMPERKENALKAN…..
Produk Herba Penawar Al-Wahida
( HPA).Didatangkan dalam bentuk pakej-pakej kesihatan yang lengkap sesuai untuk seisi keluarga
Pengubatan yang berasaskan alam semulajadi ini menggunakan sumber utama dari tumbuhan iaitu herba dan dari sumber haiwan yang sah di sisi syarak iaitu ikan sebagai bahan utama dalam proses perawatan dan pemakanan kesihatan.
- Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Dikilangkan mengikut standard Good Manufacturing Practice (GMP)
- Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Mendapat pengiktirafan ISO 9001-2000
- Menggunakan 100% HERBA
Kenapa Produk HPA ?::
- Dimiliki 100% bumiputera Muslim
- Mengeluarkan pelbagai produk untuk kegunaan seisi keluarga iaitu ubatan herba, minuman dan makanan, penjagaan diri yang halal, bersih, suci dan berkualiti.
- Memiliki kilang-kilang dan mengeluarkan produk- produk sendiri yang berdaftar di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan telah memperolehi Good Manufacturing Practice (GMP) ISO 9001-2000 dan dlm proses mendapatkan HACCP.
- Adalah kilang bumiputera pengeluaran herba yang pertama memperolehi GMP Malaysia
- Mempunyai makmal dan R&D Team yang sentiasa mengkaji pembangunan produk
- Menawarkan produk-produk herba yang berkualiti dan harga yang berpatutan yang berkesan yang diturunkan beberapa generasi dan testimonia kesembuhan dari ribuan pengguna.
- Mempunyai lebih dari 50 cawangan diseluruh Malaysia. Indonesia, Brunei, Arab Saudi dan Dubai.
Siapa yang memerlukannya?::
- Lelaki yang mementingkan kesihatan diri- Pakej Lelaki Waja paling sesuai untuk diamalkan. Sinergi 3 produk herba menjadikan anda lebih cergas dan bertenaga. Sebagai ketua keluarga, andalah nadi kesihatan keluarga.
- Wanita yang ingin sentiasa sihat- Pakej Wanita Hebat jika diamalkan selalu berupaya mengembalikan tenaga dan menyihatkan organ dalaman wanita. Pakej herba ini juga sesuai diamalkan oleh wanita yang belum berkahwin, terutamanya yang akan melayari alam rumahtangga.
- Pelajar IPT, pelajar sekolah, yang akan menduduki peperiksaan penting dan yang banyak menggunakan minda di dalam kerjaya- Pakej Minda terdiri dari sinergi 2 produk pemakanan keihatan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
- Warga emas- Terdapat pakej yang khusus untuk diamalkan yakni Pakej Warga Emas. Ia tidak hanya berfungsi mengembalikan tenaga, malah meningkatkan kualiti hidup.
- Orang awam yang mempunyai masalah kesihatan tertentu- Terdapat 25 pakej yang khusus untuk masalah kesihatan tertentu seperti Pakej Migrain,Pakej Darah Tinggi, Pakej Keputihan dan banyak lagi…
Kenapa mesti beli?::
Marilah bersama kami mengguna dan mengamalkan produk muslim yang bukan sahaja berkualiti, malah yang lebih utama ianya terjamin halal, bersih dan suci.
Kebanyakan herba yang digunakan ditanam sendiri di ladang HPA. Etika Islam dipraktikkan di kilang-kilang HPA, di mana para pekerja digalakkan berwudhuk, mengerjakan solat dhuha, doa dan amalan zikir Mathurat.
Kembali ke alam semulajadi! Para saintis dan ahli nutrisi telah mengakui bahawa walaupun perubatan moden dikatakan mampu menangani penyakit, namun kesan sampingan dari pengambilannya menghasilkan masalah kesihatan yang lain pula. Produk kesihatan alami di sini merupakan alternatif terbaik untuk penjagaan kesihatan yang selamat dan berkesan.
Kita dianjurkan berusaha mencegah dan mengubati penyakit, namun Allahlah yang menyembuhkannya. Jadikanlah pakej-pakej rawatan herba dan penjagaan kesihatan berikut sebagai ikhtiar kita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.
Kenapa dibuat dalam bentuk pakej-pakej?::
Sihat Herba.com memilih rangkaian produk kesihatan Herba Penawar Al-Wahida(HPA) kemudian menggabung dan mengelaskannya kepada bentuk pakej-pakej kesihatan supaya ianya lebih mujarab. Sinergi dari herba-herba terpilih ini bukan sahaja perlu untuk menangani permasaalahan kesihatan anda malah untuk diamalkan seisi keluarga untuk cara hidup yang lebih sihat.
Kalau nak beli satu produk herba?::
HPA telah mengeluarkan lebih seratus produk kesihatan. Kesemua produk herbanya berasaskan sumber alam semulajadi. Namun yang tersenarai di sini merupakan antara yang terpilih bagi fungsi tersendiri di dalam penjagaan kesihatan.
Bagi yang ingin memilih sendiri produk herba, sila klik ke PRODUK . Produk kesihatannya adalah yang terpilih daripada rangkaian produk Herba Penawar Al-Wahida (HPA).
Macam mana nak beli?::
Andai anda prihatin tentang kesihatan diri, keluarga dan insan tersayang, luangkanlah sedikit dari masa emas anda untuk melihat pakej penjagaan kesihatan yang sesuai untuk semua
Untuk pergi ke homepage sihatherba ketegori produk HPA sila klik disini









Hello, I can’t understand how to add your blog ( sihatherba.com ) in my rss reader
Greatings,
sihatherba.com – da best. Keep it going!
Have a nice day
Elcoj
Hi there,
Thank you! I would now go on this blog every day!
Thanks
Zoran