Mar 24
2011Sinari Kapsul Misai Kucing Bagi yang Menghadapi Masaalah Kencing.
Filed Under (Produk Herba) by hassan on 24-03-2011
Tagged Under : cuci kencing, jangkitan air kencing, kencing, kencing pedih, kencing sakit, lawas kencing, Masaalah kencing, pundi kencing, rawatan kencing sakit, Sinari Misai Kucing

Sinari Kapsul Misai Kucing.
Digunakan secara tradisional untuk melawaskan pembuangan air kecil.
- Membantu melegakan gejala-gejala sakit sendi dan gout.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Membantu meningkatkan fungsi hati di kalangan pesakit kencing manis.
- Membantu mencegah batu karang dan arteriosklerosis.
Dos: 2 kapsul 2 kali sehari.
Kandungan: 60 kapsul.
Pengenalan dan kebaikan Misai Kucing
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga “Lamiaceae” yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.Nama lainnya ialah Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee, Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.
Untuk maklumat lanjut atau membelinya klik sini













