INFO SIHAT|“Informasi Kesihatan”

RSS

Jul 18

2009

Set Afiat Ubat Bersalin Mengandungi Barut

Filed Under (Produk Bersalin, Produk Khas Wanita) by hassan on 18-07-2009

Tagged Under : Afiat Ubat Bersalin

afiat ubat bersalin

Afiat Ubat Bersalin

Ubat bersalin ini serba lengkap untuk 44 hari.Isi-isi yang terkandung didalam set ini ialah:

MINYAK AFIAT ( 250 ml )
Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.

GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)
Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.

FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.

BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g)
Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.

PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )
Untuk dimakan selepas bersalin.
Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.

BARUT AFIAT
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.

BALM AFIAT
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.

MAKJUN BAWANG PUTIH
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

TALI PEMBENTAN AFIAT
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu.

Untuk Maklumat lanjut atau membelinya klik disini

No Comments
Read More

Sep 04

2008

Set Bersalin HPA Amat Sesuai Untuk Ibu Menyusukan Bayi

Filed Under (Produk Bersalin, Produk HPA) by hassan on 04-09-2008

Tagged Under : Set Bersalin HPA

Ia adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita bersalin. mengandungi
khasiat seperti:

· Menghilangkan sakit batu meriyan

· Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

· Membantu dalam melawaskan pembuangan air besar.

· Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

· Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak

· Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku disebabkan pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak, sehingga tubuh badan menjadi sejuk  dan Mengatasi masalah bayi yang kembung perut, senak dan lain-lain

Set Bersalin HPA Mengandungi

1. Minyak Barut ( 4 unit ) — Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutamanya di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2. Minyak Bayi ( 2 unit ) — Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam, sapukan pada dada dan di perut.

3. Teh Herba — Minuman yang bertindak  sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4. Ubat Periuk ( 4 bunjut x 12 hari ) — Rebus 1 bungkus bersama 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh 2 x sehari pada pagi dan petang.

5. Kapsul Wanita A dan B — Di ambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B di waktu malam.

6. Ubat Basuh ( kegunaan luaran ) — Rebus ubat ini dengan air dengan api yang perlahan. Basuh dikawasan peranakan setiap pagi selama seminggu selepas hari yang ke 40 selepas bersalin.

7. Spirulina — Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dn penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekali gus mengeluarkan keracunan dalam badan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau membelinya sila  klik disini

No Comments
Read More

Sep 02

2008

Jamu Bersalin Warisan Afiat Untuk Wanita Berpantang.

Filed Under (Produk Bersalin) by hassan on 02-09-2008

Tagged Under : Jamu Bersalin, Warisan Afiat

set bersalin warisan afiat

“Jamu Bersalin Yang Lengkap Khusus Untuk Mengembalikan Kecergasan Anda!”

Jamu Bersalin Warisan Afiat mengandungi 10 bahan utama yang lengkap untuk 44 hari berpantang  bagi wanita selepas bersalin. Produknya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diasaskan oleh Tuan Haji Panjang Kamaruddin dan termashur sejak Tahun 1924.

Cara Guna Jamu Bersalin Warisan Afiat:

  1. Air Jamu Muparam — Rawatan dalaman, di minum selepas 3 atau 4 hari bersalin dalam masa 3 hari berturut-turut. khasiatnya— melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan, sakit kepala, mengurangkan keputihan serta mengelakkan dari Angin Merian, mengencangkan otot-otot, mengecutkan dan menyihatkan rahim.
  2. Kapsul Wanita — Rawatan dalaman untuk 44 hari dalam bentuk kapsul. Dimakan selepas 3 atau 4 hari bersalin. Khasiatnya— menguatkan dan mengencangkan otot-otot tubuh, melegakan letih lesu, membuang angin dan menambahkan tenaga, melegakan sakit pinggang dan lemah anggota badan. Mengatasi penyakit kebas, lenguh,sakit urat-urat serta menyihatkan rahim khusus untuk wanita lepas bersalin.
  3. Param Hangat — Untuk kegunaan luaran—dibancuh dengan air suam, kemudian disapu untuk kesihatan kulit serta menjaga tubuh badan daripada penyakit kebas dan lenguh
  4. Barut Berubat — Ramuan tradisi untuk mengempiskan perut serta mengecutkan rahim dan urat-urat perut dan merampingkan pinggang.
  5. Minyak Herba Warisan Afiat — Untuk di urut seluruh tubuh badan bagi melegakan otot-otot tubuh badan yang tegang, melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan terseliuh.
  6. Balm Herba Warisan Afiat — Ramusan Pati amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kegunaannya untuk mencegah dari kembung dan sakit perut.
  7. Akar Kayu — Untuk direbus pada hari yang ke 20 dalam masa berpantang dan di minum sehingga 44 hari.
  8. Air Lemuju Kukus — Untuk kesihatan tubuh badan, menambahkan tenaga dan meningkatkan kecergasan, melegakan sakit atau kembung perut, senak atau angin memulas-mulas serta melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  9. Perabun — letakkan Perabun ke dalam kain, perasapkan ” suam-suam” lalu tuamkan ke perut bayi atau sekiranya angin pepasang tuamkan pada tempat yang sakit.

Tali Pembentan — Untuk mencegah dari Bentan seandainya si Ibu kerap bergerak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau membelinya sila  klik disini

No Comments
Read More

Aug 23

2008

Set Bersalin Jamu Selapan Mustika Ratu Sesuai Untuk Ibu Lepas Bersalin

Filed Under (Produk Bersalin, Produk Mustika Ratu) by hassan on 23-08-2008

Tagged Under : Jamu Selapan Mustika Ratu, Set Bersalin

jamu selapan

“Rawatan 40 hari selepas Bersalin”

Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin.

Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.

Amalan Perawatan Jamu Selapan mustika ratu secara teratur selama 40 hari selepas bersalin membantu memulihkan kesihatan para ibu agar kembali segar dan tubuh badan kembali menarik serta memberikan zat yang diperlukan bagi ibu yang menyusukan bayi.

Pemakaian Jamu Selapan

  1. Tapel Raket Mustika Sejati — Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.
  2. Berbengkung — Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.
  3. Pilis Wangi — Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa          ( pekat ). Kemudian tampal diatas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.
  4. Bancar Air Susu — Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.
  5. Parem Segar Sumyah — Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.
  6. Jamu Galian Parem Wangi — Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.
  7. Jamu Pulih Balung Sumsum — 5 biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.

Rawatan Tradisional Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu

Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh titiskan minyak telon kedalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.

Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masaalah senak perut, sebaiknya urut di celah piggul bayi agar dia kembali selasa.

Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash

Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Akar kayu ini dapat membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot Vagina dan merawat masaalah keputihan.
Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau membelinya sila  klik disini














No Comments
Read More
Search:
Buat Blog Kedai herba sudah di buka.. sila klik

tag cloud

Abqori IQ Az-Zahraa Corset Bengkoang Whitening Bengkung Tujuh Meter Blood Pressure Digital Thermometer Bumiku Herba Resdung Flex Digital Thermometer Forehead thermometer Jamu Bersalin Jeli Gamat Luxor Kaplet Ayudara Krim Gamat Krim Haruan Krim Lelaki Krim urut Payudara Losyen Kamar Sutera Lotion Power 3 Lines Luxor Magic Man Cream Masker Payudara Melangsingkan Perut Mengukur suhu badan Mustika Ratu Pandan Tonik Rambut Penyakit Buasir Penyakit kanser Penyakit Keputihan Perubatan Homeopati Pil Haruan Produk Herba Produk HPA Produk Lelaki Produk Mustika Ratu Produk Natasya Produk Wanita Rawatan Buasir Rawatan Keputihan Rawatan Kulit Rawatan Resdung Sabun Herba Krim Herba Safi Rania Gold Set Bersalin HPA Set Perawatan Payudara Shark Cartilage Tablet Haruan Omega Tahan Lama Teh Kacip Fatimah Teh Manjakani Ubat Tahan Lama Warisan Afiat
  • Info Terbaru

    • Satu Parcel Hantar Ke German
    • Herba Keputihan HPA
    • ROKOK Membunuh Anda, AWAS!
    • BABI MENGIKUT DUNIA FARMASI
    • Bedak Air Resdung Untuk Rawatan Resdung
    • AWAS UBAT TIRUAN DI PASARAN
    • Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)
    • Safi Rania Gold Krim Pelembab Malam
    • Safi Rania Gold Pembersih Wajah
    • Safi Rania Gold Gel Pembersih Wajah
    • LOSYEN POWER 31 BRUTAL
    • Seri Gama Gel Gamat
    • Gold Princer Trading Penawar Kacip Emas Untuk Pesakit Kencing Manis ( Diabetes )
    • C2U Miracle Flask Termos Ajaib Beralkali
    • Atika Beauty SLIMM & FIRMM Sesuai Bagi Lelaki Dan Wanita Untuk Kurus
  • Random Posts

    • HPA Minyak Zaiton diklasifikasikan sebagai minyak diet.
    • Luxor Seri Gama Jeli Gamat
    • Atika Beauty PERAPAT (250ml)
    • VCO31 MINYAK POWER 31 @ SUAMI POWER Untuk Lelaki Tahan Lama
    • Manjakani Beydary Untuk Wanita.
    • Roselle HPA Merupakan Tumbuhan Yang Mempunyai Kandungan Vitamin C Yang Tinggi
    • Flex Digital Thermometer Untuk Mengukur Suhu Badan Terutamanya Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak.
    • Belajar Adobe Photoshop Cara Mudah Dan Mulakan Langkah Sebagai Pereka Grafik
    • Kaps Alat Pencegah Serangga Asli Tidak Mengandungi Bahan Kimia.
    • Cream Vitamin E Untuk Menghilangkan Parut Serta Melembutkan Kulit.
    • Plugin By King Size Duvet
  • Link KedaiHerba.Com

    • Alatan Kesihatan
    • De'putih & Natasya
    • Kosmetik & Jagaan Diri
    • Minuman Kesihatan
    • Pakej Rawatan Herba
    • Produk Herba
    • Produk Khas Lelaki
    • Produk Khas Wanita
    • Produk Kurus Badan
    • Produk Minyak Angin
    • Produk Mustika Ratu
    • Vitamin Dan Minda
  • Kalendar Hijrah

  • Iklan Disini

    Teknik Blog
    kedaiherba
    suamihero
    dinar
  • Kategori

    • Alatan Kesihatan
    • Info Semasa
    • Makanan Kesihatan
    • Penyakit
    • Produk Bersalin
    • Produk De'Putih
    • Produk Herba
    • Produk HPA
    • Produk Khas Lelaki
    • Produk Khas Wanita
    • Produk Krim & Lotion
    • Produk Kurus Badan
    • Produk Manjakani
    • Produk Mustika Ratu
    • Produk Natasya
    • Safi Rania Gold
  • Himpunan Artikel

    • February 2010 (1)
    • December 2009 (9)
    • November 2009 (7)
    • October 2009 (5)
    • August 2009 (9)
    • July 2009 (37)
    • January 2009 (2)
    • December 2008 (3)
    • November 2008 (6)
    • October 2008 (17)
    • September 2008 (21)
    • August 2008 (12)
    • July 2008 (4)
  • Pages

    • Free Download
    • Hubungi Saya
    • Kenali Saya?
  • Pelawat Online

    • 3 Users Online
  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Nak Tanya Sikit?


    ShoutMix chat widget
  • Undian Anda Amat Di Alukan

    Apa Pendapat Anda Tentang Blog Saya Ni?

    View Results

    Loading ... Loading ...
    • Polls Archive
© All Rights Reserved. INFO SIHAT
Free wordpress themes Designed by AskGraphics web design