INFO SIHAT|“Informasi Kesihatan”

RSS

Dec 07

2009

BABI MENGIKUT DUNIA FARMASI

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 07-12-2009

Tagged Under : babi, BABI DALAM DUNIA FARMASI, babi dalam ubat, gambarajah babi, kulit babi, organ babi, produk babi, produk pharmaceutical babi

babi

BABI DALAM DUNIA FARMASI
Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya. Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel. 
sumber: http://xcallibur.blogspot.com/

KLIK

No Comments
Read More

Dec 02

2009

AWAS UBAT TIRUAN DI PASARAN

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 02-12-2009

Tagged Under : Cara Membeli Ubat, Ubat Tiruan

ubat 1

AWAS UBAT TIRUAN DI PASARAN

Masalah produk tiruan telah sekian lama membelenggu pasaran dunia. Tidak kira apa jua produk, asalkan ia boleh mendatangkan keuntungan pasti akan dikeluarkan dalam bentuk tiruan. Dari segi barangan seperti pakaian ataupun cakera cetak rompak, ia hanya merugikan pihak pengeluar. Bagaimanapun, produk yang dimakan membawa ancaman besar kepada pengguna terutamanya jika ianya ubat yang diperlukan untuk merawat penyakit tertentu. Ubat tiruan menjadi sasaran sindiket pemalsuan berikutan untung besar yang mudah diperoleh dengan menjual ubat `rojak’ yang menyerupai ubat sebenar.

Diumpan dengan harga yang murah sedikit daripada ubat tulen, ramai pesakit yang terpedaya dan menerima padahnya apabila ubat itu tidak membantu, malahan mungkin memburukkan lagi keadaan. Pesakit dikira bernasib baik jika ubat tiruan yang diambil tidak memberikan sebarang kesan tetapi jika terdapat bahan beracun di dalamnya, kemungkinan besar keadaan pesakit menjadi semakin teruk sehinggakan boleh membawa maut. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 peratus ubat di pasaran merupakan ubat tiruan dengan anggaran nilai AS$22 bilion (RM73.66 bilion). Jumlah ini dijangka meningkat 13 peratus setiap tahun sehingga 2010 sehingga bernilai AS$75 bilion (RM251.11 bilion).

Di atas untung berbilion ringgit ini, pengeluar ubat tiruan terus berani menjalankan perusahaan haram mereka. Tambahan pula, mereka tidak terikat dengan undang-undang yang membawa hukuman berat seperti penjara atau hukuman gantung dan seringkali hanya perlu membayar sedikit denda jika tertangkap. Akhirnya, yang paling teruk teraniaya adalah pesakit sendiri yang cuba menjimatkan sedikit perbelanjaan rawatan.

* Buku panduan percuma

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan umum tentang ubat tiruan, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. telah tampil menerbitkan sebuah buku panduan mengenai ubat tiruan. Menurut Pengarah Serantau keselamatan Global Pfizer Asia Pasifik, Dave Campbell, tujuan utama buku tersebut dihasilkan adalah supaya masyarakat setempat bebas daripada ancaman ubat tiruan dan hanya membeli ubat yang tulen. “Kebanjiran pasaran tempatan dengan ubat-ubat tiruan bukan hanya berlaku di tepi-tepi jalan malahan melalui kedai ubat yang sah dan juga Internet. “Pesakit dengan mudah dapat membeli ubat yang didakwa tulen tanpa mengetahui mereka tertipu membeli ubat tiruan yang mungkin mempunyai pelbagai kesan sampingan,” tegasnya. Oleh itu, katanya, buku ini dikeluarkan untuk membantu orang ramai membezakan dan mengelak daripada membeli ubat tiruan di samping melaporkan aktiviti penjualan ubat tiruan kepada pihak berkuasa.

Diterbitkan dalam tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Cina, buku panduan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan insiden masalah kesihatan akibat ubat tiruan dan membantu orang ramai membezakan yang tiruan dan tulen.

Melalui buku panduan ini, pengguna dapat mengenalpasti dan menjauhkan diri serta keluarga daripada ancaman ubat tiruan. Ditulis dalam format soal jawab yang mudah dan ringkas, ia memberikan maklumat asas dalam mengenali ubat tiruan serta ubat yang dicampur benda asing. Selain itu, maklumat mengenai kesan penggunaan ubat tiruan dan langkah berjaga-jaga menggunakan ubat tradisional serta maklumat tambahan lain turut disertakan. Buku panduan ubat tiruan ini boleh diperoleh dengan percuma di semua klinik dan farmasi. Orang ramai juga boleh mendapatkan satu salinan dengan menghantar e-mel ke malaysia_counterfeiting@pfizer.com.

Sumber ; Suratkhabar Utusan Malaysia, Bahagian Kesihatan, 17 Ogos 2008

No Comments
Read More

Dec 02

2009

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 02-12-2009

Tagged Under : Virus Influenza A (H1N1)

babi

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

sumber : http://h1n1.moh.gov.my/

    No Comments
    Read More

    Jul 30

    2009

    Viagra Online, Pembelian Viagra, Kurus Badan, Berhenti Hisap Rokok Dan Bermacam Lagi Dijamin Selamat

    Filed Under (Info Semasa) by hassan on 30-07-2009

    Tagged Under : Cheap Viagra, Kamagra, Sildenafil Citrate 100mg, Viagra Malaysia, Viagra Online, Xenical

    kamagra_100

    Jika anda tercari-cari atau ingin mengatahui dengan lebih lanjut tentang viagra, kurus badan ke atau apa-apa sahaja eloklah dibeli disini. Ianya dijamin selamat walaupun anda membelinya diluar Negara. Kegunaan Viagra ialah untuk mengatasi masaalah mati pucuk, Zakar kurang berfungsi dan bermacam-macam lagi berkaitan dengan lelaki.

    Apabila memakan Viagra ni, badan akan terasa panas dan kekadang sakit kepala. Tetapi ianya akan hilang dengan sendirinya. Jika nak tahu lebih lanjut lagi sila klik disini.

    Xenical digunakan untuk kurus badan, ianya berfungsi untuk membuang lemak didalam badan. Cara memakannya pula ialah dimakan bersama makanan terutamanya apabila kita makan tengahhari dan malam. Ini kerana diwaktu inilah kita memakan banyak lemak. Jika nak tahu lebih lanjut klik disini.

    Ada bermacam lagi yang dijual disini sebagai contohnya jika anda mahu menghilangkan ketagihan rokok, pun ada jual disini.

    Jika anda membeli disini Kos penghanataranya adalah percuma cuma mungkin ada masaalah sikit jika tak ada VISA card, kerana pembelianya menggunakan VISA Card, Debit card VISA pun boleh.

    Untuk maklumat lanjut atau membelinya klik sini

    No Comments
    Read More

    Jul 11

    2009

    Info Sihat Berwajah Baru

    Filed Under (Info Semasa) by hassan on 11-07-2009

    Tagged Under : Info sihat berwajah baru

    Assalamualaikum kepada umat Islam dan selamat sejahtera kepada non muslim, Sudah agak lama saya tak update blog ni, maklumlah sibuk sedikit dengan pembinaan 2 website saya iaitu sihatherba.com dan kedaiherba.com. Baru bulan julai 2009 nilah saya free sedikit oleh itu saya telah update Info Sihat ini dengan berwajah baru dan ianya lebih cantik dari sebelumnya.

    Saya berbesar hati dan berharap kepada pengunjung yang setia atau pun  first time mengunjungi Info Sihat ni untuk memberi maklum balas, undiannya saya telah sediakan disebelah kanan sekali. Saya ucapkan Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi Info Sihat dan sudi untuk memberi maklum balas.

    Ikhlas dari saya: Admin Info Sihat ” Informasi Kesihatan”

    No Comments
    Read More
    « SILA KLIK SINI UNTUK PAGE YANG BERIKUTNYA
    PAGE YANG AWAL »
    Search:
    Kedai herba sudah di buka.. sila klik

    tag cloud

    Abqori IQ Az-Zahraa Corset Bengkoang Whitening Bengkung Tujuh Meter Brutal 31 Bumiku Herba Resdung Forehead thermometer Jeli Gamat Luxor Kaplet Ayudara kencing sakit Krim Gamat Krim Haruan Krim Lelaki Krim urut Payudara lawas kencing Losyen Kamar Sutera Lotion Power 3 Lines Luxor Magic Man Cream Masker Payudara Melangsingkan Perut Mustika Ratu Pandan Tonik Rambut Penyakit Buasir Penyakit kanser Penyakit Keputihan Perubatan Homeopati Pil Haruan Produk Herba Produk HPA Produk Lelaki Produk Mustika Ratu Produk Natasya Produk Wanita Rawatan Buasir Rawatan Keputihan Rawatan Kulit Rawatan Resdung Sabun Herba Krim Herba Safi Rania Gold Set Bersalin HPA Set Perawatan Payudara Shark Cartilage susu kambing Tablet Haruan Omega Tahan Lama Teh Kacip Fatimah Teh Manjakani Ubat Tahan Lama vco
    • Info Terbaru

      • Avail Beauty Tuala Wanita Herba Kapas Lembut Pantiliners ( FC BIO SANITARY HERBAL PAD )
      • HR Susu Kambing HiGoat
      • Kebaikan Sinari Hempedu Bumi Untuk Kesihatan
      • Air ECPI Untuk Kesihatan
      • Kotra Pharma Creobic Gold Untuk Rawatan Jangkitan Kulat
      • Keputihan Ketika Hamil
      • Herba Rendaman Kaki TYT Untuk Kesihatan
      • Organik Mengkudu HPA Untuk Kesihatan Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur.
      • Sinari Saw Palmetto Plus Flax Seed Mengatasi Pembekakan Prostat ( BPH )
      • Sinari Kapsul Misai Kucing Bagi yang Menghadapi Masaalah Kencing.
      • Examo 500 CKM Untuk Cerdas Minda Sesuai Semua Peringkat Umur
      • SUSU KAMBING – TANPA GULA TANPA BAU KAMBING Dr Goat
      • Toileting Folding Commode
      • Penyakit Kanser
      • Homepage Krim Tahan Lama
    • Random Posts

      • Losyen Mustajab Pati Halia Baik Untuk Keluarga, Dan Boleh Untuk Mengempiskan Perut Terutama Sewaktu Wanita Berpantang.
      • Luxor Seri Gama Krim Gamat Untuk Rawatan Kulit.
      • Sari Sehat Merit Plus Produk Kurus Badan
      • Teh Herba Rampisari Petani
      • Bedpan (Bekas Penakung Najis) Untuk Pesakit Yang Memerlukanya
      • Teh Herba Orang Kampung Plus Halia
      • Penyakit Buasir
      • Az-Zahraa Corset Bengkung Tujuh Meter Mengembalikan kelangsingan Badan.
      • Minyak Herba Dari HPA
      • Mustika Ratu Surut Gel, Gel Peramping Dan Anti Cellulites
      • Plugin By King Size Duvet
    • Link KedaiHerba.Com

      • Alatan Kesihatan
      • De'putih & Natasya
      • Kosmetik & Jagaan Diri
      • Minuman Kesihatan
      • Pakej Rawatan Herba
      • Produk Herba
      • Produk Khas Lelaki
      • Produk Khas Wanita
      • Produk Kurus Badan
      • Produk Minyak Angin
      • Produk Mustika Ratu
      • Vitamin Dan Minda
    • Iklan Disini

      Teknik Blog
      kedaiherba
      suamihero
      dinar
    • Kategori

      • Alatan Kesihatan
      • Info Semasa
      • Makanan Kesihatan
      • Penyakit
      • Produk Bersalin
      • Produk De'Putih
      • Produk Herba
      • Produk HPA
      • Produk Khas Lelaki
      • Produk Khas Wanita
      • Produk Krim & Lotion
      • Produk Kurus Badan
      • Produk Manjakani
      • Produk Mustika Ratu
      • Produk Natasya
      • Safi Rania Gold
    • Himpunan Artikel

      • April 2011 (4)
      • March 2011 (14)
      • February 2011 (1)
      • February 2010 (1)
      • December 2009 (9)
      • November 2009 (7)
      • October 2009 (5)
      • August 2009 (9)
      • July 2009 (37)
      • January 2009 (2)
      • December 2008 (3)
      • November 2008 (6)
      • October 2008 (17)
      • September 2008 (21)
      • August 2008 (12)
      • July 2008 (4)
    • Pages

      • Free Download
      • Hubungi Saya
      • Kenali Saya?
    • Pelawat Online

      • 7 Users Online
    • Meta

      • Register
      • Log in
      • Entries RSS
      • Comments RSS
      • WordPress.org
    • Nak Tanya Sikit?


      ShoutMix chat widget
    • Undian Anda Amat Di Alukan

      Apa Pendapat Anda Tentang Blog Saya Ni?

      View Results

      Loading ... Loading ...
      • Polls Archive
    • Silalah Undi

      Adakah Maklumat Dalam Blog Ini Membantu Anda ?

      View Results

      Loading ... Loading ...
      • Polls Archive
    © All Rights Reserved. INFO SIHAT
    Free wordpress themes Designed by AskGraphics web design