INFO SIHAT|“Informasi Kesihatan”

RSS

Apr 02

2011

Air ECPI Untuk Kesihatan

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 02-04-2011

Tagged Under : air ecpi, ecpi, ecpi water, keistimewaan air ecpi

air-ecpi-water
 
Tahukah anda bahawa anda amat memerlukan air di dalam kehidupan seharian?

Air merupakan elemen yang sangat penting kepada kesihatan tubuh badan. Kepentingan air juga dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W agar kita memenuhi 1/3 dari perut kita dengan air. Kajian pakar kesihatan menunjukkan bahawa semua masalah kesihatan termasuk penakit-penyakit kronik berpunca daripada masalah dehydration. Air minuman ECPI dihasilkan melalui gabungan revolusi teknologi rawatan air terbaik dunia dah teknologi spacetime bagi menghasilkan air terbaik untuk keperluan kesihatan tubuh badan.

Fungsi air dalam badan manusia:

1. Ia menghantar oksigen dan nutrien untuk bahagian lain Badan.
2. Ia membuang toksin-toksin dan sisa daripada badan
3. Adakah terlibat dalam penghadaman, penyerapan, edaran dan Kumuhan.
4. Mengatur suhu badan melalui perpeluhan.
5. Penting untuk darah, limfa, jus-jus pencernaan, rembesan-rembesan kelenjar dan produk sisa.
6. Mengurangkan geseran antara sendi-sendi dan memudahkan pergerakan.
7. Menghapuskan bakteria, virus-virus dan logam berat boleh itu terjejas dengan buruk otak.
8. Menghantar dorongan-dorongan saraf Regulates asid-bes Baki
9. Memudahkan fungsi-fungsi normal proses-proses badan.

Air ECPI didalam memenuhi keperluan perut dan tubuh badan anda

Tahukah anda bahawa anda hanya memerlukan sebotol air ECPI sahaja sehari bagi memenuhi keperluan tubuh badan anda? Air ECPI ini bertindak sebagai makanan tambahan yang telah dilengkapi dengan pelbagai khasiat seperti mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik, herba, antiosida dan vitamin, seperti Ginseng collegen, Propolis, Royal jelly, Alfalfa, Madu, Colloid dan lain-lain.

Terdapat ribuan pengguna yang telah berpuas hati dengan kesan yang ditunjukan selepas minum air ECPI. Berikan sahaja masa 15 minit kepada air ECPI, ia pasti mampu menunjukkan tahap luar biasanya kepada anda. Molekul air minuman ECPI lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikanya tidak seperti air minuman biasa

Untuk makluman saya tidak menjual online air ECPI ini, sesiapa yang tinggal berdekatan dengan saya bolehlah terus datang ke kedai saya di taman kenangan, sg karangan, padang serai

Copy : http://www.ecpishahalam.com/2009/03/harian-metro-keluaran-khas.html, http://ecpiwateronline.com/tag/air-ecpi-water-2 

KLIK

No Comments
Read More

Mar 29

2011

Keputihan Ketika Hamil

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 29-03-2011

Tagged Under : hamil, Keputihan, keputihan ketika hamil, masaalah keputihan hamil

hamilAdakah anda perasan yang anda mempunyai lelehan faraj yang berlebihan semasa hamil? Jangan bimbang, keadaan ini adalah normal.

Lelehan faraj normal atau vaginal discharge akan kelihatan agak keputihan, tidak berbau atau sedikit berbau. Walaupun ia mengalir dengan kuantiti yang lebih banyak semasa hamil, ia kelihatan seperti lelehan yang keluar beberapa hari sebelum anda datang haid. Hormon estrogen yang banyak dikeluarkan oleh uri dan bertambahnya aliran darah disekitar faraj adalah punca kepada fenomena ini.

Anda akan dapati ia akan bertambah dengan banyak sepanjang kehamilan anda. Pada saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin akan mengeluarkan plug mukus yang tebal yang membawa isyarat yang kelahiran sudah dekat.

Apa yang perlu saya buat?

Anda boleh gunakan pantiliner sekiranya ia terlalu banyak dan anda merasa selesa. Pastikan kawasan faraj bersih, gunakan alat pencuci yang sesuai dan sapu kering dari depan kebelakang.

Jangan gunakan:

  • Tampoon
  • Sabun yang berbau harum
  • Pad yang harum
  • Kertas tandas
  • Douching
  • Seluar ketat

Adakah saya mengalami jangitan faraj?

Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj.

Copy paste : http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=131:lelehan-faraj-semasa-hamil&catid=36:semasa-hamil&Itemid=58, http://artikellama.blogspot.com/2010/07/menangani-keputihan-pada-orang-hamil.html

No Comments
Read More

Mar 21

2011

Penyakit Kanser

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 21-03-2011

Tagged Under : jenis-jenis kanser, kanser, selsema burung, Tumor Benigna, Tumor Malignan, Tumor otak sekunder

kanser

Tumor Otak merupakan ketumbuhan yang berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya, ia boleh diklasifikasikan sebagai:

 Tumor Benigna (Bukan Kanser)

Tumor ini tumbuh secara perlahan-lahan dan ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan. Jika tumor ini berjaya dibuang, ia tidak lagi menimbulkan apa-apa masalah. Walaubagaimanapun, jika tumor itu terletak berdekatan dengan mana-mana struktur otak yang penting, ia boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kerana sesuatu ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi atau boleh mengancam nyawa. Kadangkala, ia menimbulkan kesulitan untuk dibuang kerana kedudukannya itu.

 Tumor Malignan (Kanser)

Sel-sel ketumbuhan ini berkemampuan untuk merebak ke bahagian-bahagian yagn lain (kanser). Ia menyerang dan merebak dengan begitu cepat. Tetapi, tumor otak malignan ini jarang sekali merebak keluar dari sistem saraf pusat.

Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ia berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari. Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah. Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk , bersin dan menunduk.

Perubahan tingkah-laku seperti sikap ‘tidak apa’, hilang ingatan, hilang tumpuan dan kekeliruan  mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana, setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu badan. Jadi, apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian, maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut.

Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan, berjumpalah doktor pakar neorologi atau doktor pakar kanser.

 Bayi yang menghidap kanser, selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut:

  1. Ubun-ubun membonjol (bukaan yang terdapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap).
  2. Lilitan kepala membesar
  3. Tidak terdapat refleks merah di dalam mata

Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:

  1. Loya dan muntah.
  2. Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
  3. Gangguan makan.
  4. Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
  5. Perubahan gaya berjalan (berjalan terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).
  6. Kesukaran untuk berjalan.
  7. Keletihan dan terasa lemah badan.
  8. Peningkatan berat badan.
  9. Perubahan pada endokrin.

Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan gejala seperti berikut:

  1. Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
  2. Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  3. Gangguan percakapan.
  4. Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
  5. Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemerosotan proses mental.
  6. Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi)
  7. Hilang daya imbangan terutama jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.
  8. Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.

Dua kategori tumor otak adalah:

Tumor otak primer tumor ini berasal atau tumbuh dari otak. Ia bermula dan terbentuk di dalam otak dan mungkin merebak ke kawasan-kawasan berdekatan.

Tumor otak sekunder (dikenali juga sebagai metastatik)

Ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit. Ia boleh merebak melalui saluran darah ke otak untuk membentuk tumor otak sekunder.

Selesema Burung.

Penyakit selesema burung pernah mengemparkan dunia, malah rakyat Malaysia juga tidak terkecuali berisiko terkena penyakit ini. Bagaimana penyakit ini boleh merebak dan siapakah antara yang berisiko untuk terkena penyakit ini? Ikuti beberapa fakta di bawah:

Siapa yang berisiko?

  1. Mereka yang bekerja di ladang ternakan ayan, itik burung yang berkemungkinan telah dijangkiti.
  2. Mereka yang mempunyai kontek terus dengan haiwan yang dijangkiti.
  3. Mereka yang mengendalikan pemusnahan ayam, itik, burung yang berpenyakit.
  4. Virus juga boleh didapati pada kulit telur yang tercemar najis haiwan ternakan seperti yang disebutkan.

Cara perlindungan terbaik.

Amalkan cara penternakan haiwan yang selamat seperti menggunakan penutup mulut dan hidung, sarung tangan, apron dan but. Selalu membasuh tangan dengan air yang bersih setiap kali selepas mengendalikan haiwan ternakan. Amalkan lain-lain peraturan kawalan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Bagi yang ingin melawat negara yang dilanda wabak selesema burung, setakat ini pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak membuat sebarang sekatan untuk melawan untuk melawat ke negara-negara yang terlibat. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya tidak melawat ladang ternakan ayam, itik, burung atau pasar basah di negara tersebut.

Pengendalian daging ayam atau produknya yang dijual di pasaran yang telah dibersihkan dan dimasak dengan sempurna adalah selamat. Semua produk tersebut termasuk telur perlu dimasak sebelum dimakan. Jadi, tidak perlulah anda menggelakkan diri daripada makanan kesukaan anda ini.

  • Sumber: Majalah Mingguan Wanita (Bil 1285, 4-10 Julai 2008), m/s: 44)
  • Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)
  • http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/Tumor_Otak2.asp

KLIK

No Comments
Read More

Mar 20

2011

Homepage Krim Tahan Lama

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 20-03-2011

Tagged Under : homepage krim tahan lama, opencart, perniagaan online

homepage tahan lama

Selamat datang dan salam sejahtera kepada semua pengunjung infosihat. Disini saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah menyiapkan satu homepage baru. Saya menggunakan system opencart yang ternyata amat sesuai untuk semua yang ingin menceburi dalam perniagaan Online. Sila-silakan melawat homepage baru saya di http://krimtahanlama.com

KLIK

No Comments
Read More

Dec 07

2009

ROKOK Membunuh Anda, AWAS!

Filed Under (Info Semasa) by hassan on 07-12-2009

Tagged Under : Ada Apa Pada Rokok, Ciri Rokok, Kandungan Rokok, Ketagihan Rokok, Rokok Membunuh

rokok

Prof. Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM

SEJAK kebelakangan ini, banyak perkara baru yang timbul yang mengaitkan secara langsung kedudukan syarikat-syarikat tembakau khususnya di Amerika Syarikat dalam mengendalikan perniagaan mereka.

Malah pada lewat bulan Mac yang lalu, salah sebuah daripada syarikat tersebut, Liggett Group Incorporated, telah membuat pengakuan tentang beberapa hal apabila ia bersetuju untuk menyerahkan di antara lain dokumen-dokumen syarikat untuk diteliti oleh peguam-peguam anti-merokok.

Dokumen-dokumen ini adalah penting sekali kerana ianya dianggap sulit dan dirahsiakan oleh syarikat tersebut buat hampir 30 tahun lamanya.

Namun demikian, isi kandungannya masih berguna kepada pihak yang ingin tahu tentang muslihat perniagaan rokok di dunia antarabangsa.

Pengakuan yang dibuat oleh syarikat Liggett sekali gus membuktikan bahawa dunia perniagaan rokok secara amnya telah menyorokkan beberapa fakta kesihatan yang penting untuk pengetahuan umum, khususnya perokok.

Dengan adanya pengakuan seumpama ini, satu perspektif baru dapat dibentuk dalam usaha kita untuk membasmi tabiat merokok di kalangan masyarakat amnya dan remaja kita khasnya.

Berikut adalah di anatara pengakuan yang dapat dipetik daripada dokumen-dokumen yang diserahkan oleh syarikat Liggett kepada pihak-pihak yang berkuasa di Amerika Syarikat.

Muslihat 1: Nikotin dalam tembakau adalah sejenis dadah:

Buat beberapa lama, perkara ini telah disyaki dan turut dibuktikan secara saintifik yang bahan nikotin terkandung di dalam tembakau terdiri daripada sejenis dadah yang boleh menyebabkan ketagihan.

Walaupun demikian, hakikat ini tidak langsung mendapat pengiktirafan daripada syarikat rokok yang terus mempertahankan bahawa nikotin itu tidak mendatangkan ketagihan.

Malah syarikat-syarikat rokok tersekongkol dalam menafikan perkara ini baik kepada pihak Kongres Amerika Syarikat sekalipun.

Kini jelas terbukti daripada dokumen-dokumen syarikat tersebut bahawa ia telah pun mengenal pasti bahawa nikotin itu sebenarnya dadah yang boleh mendatangkan ketagihan.

Tetapi ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Dengan kata lain, syarikat-syarikat rokok telah memperdayakan orang ramai dalam hal yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Lantas kini, ramai warganegara Amerika Syarikat termasuk lebih daripada 25 kerajaan negeri Amerika Syarikat kini sedang dalam proses untuk menyaman syarikat-syarikat tersebut.

Muslihat 2: Rokok mengandungi racun makhluk perosak:

Satu lagi perkara yang jelas mengenai dokumen berkenaan adalah daripada segi aspek keselamatan bahan-bahan tembakau yang pernah digunakan. Ini terbukti daripada pengakuan yang menunjukkan bahawa tembakau rokok ada dicemari dengan bahan makhluk perosak seperti DDT, Malathion, Aldrin, Chemphechlor di antara lainnya.

Dokumen dari syarikat Liggett juga mengakui bahawa bahan ini adalah “amat berbahaya”. Selaras dengan tindakan yang diambil oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat untuk mengharamkan jenis-jenis racun makhluk perosak yang sama.

Sekali lagi fakta ini tidak dinyatakan secara terperinci kepada orang ramai khususnya pengguna bahan tembakau, demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Malah tembakau yang mengandungi bahan-bahan tersebut terus dijual kepada masyarakat umum.

Muslihat 3: Tembakau mendatangkan berbagai penyakit:

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tembakau melalui tabiat merokok boleh mendatangkan berbagai kemudaratan kesihatan seperti sakit jantung, kanser, lelah dan sebagainya.

Lagi sekali perkara ini sememangnya diketahui oleh syarikat tembakau melalui penyelidikan yang mereka lakukan. Dokuken-dokumen berkaitan dengan hal ini juga telah diperolehi melalui pengakuan syarikat Liggett.

Namun begitu, syarikat-syarikat tembakau sentiasa mempertahankan barangan dagangan mereka seolah-olah kemudaratan kesihatan yang berkaitan dengannya adalah satu perkara yang kecil.

Lantas tidak ada mana-mana syarikat rokok yang secara sukarela menyatakan gejala-gejala buruk merokok baik secara umum apa lagi secara terperinci selagi tidak dipaksa oleh perundangan. Oleh itu keadaannya lebih buruk apabila tidak wujud undang-undang kawalan tembakau yang ketat.

Bukti-bukti tentang penyakit akibat merokok itu telah mengalakkan ramai perokok menyaman syarikat-syarikat tembakau.

Dijangkakan dalam masa 2 tahun ini, lebih banyak kes akan dibicarakan berbanding dengan 40 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa para pengguna umumnya dan para perokok amnya rasa tertipu dengan dakyah yang disebarkan melalui iklan-iklan rokok di merata tempat.

Muslihat 4: Remaja menjadi sasaran pemasaran rokok:

Dengan bertambahnya pasaran rokok khasnya di negara membangun, lebih ramai para remaja kini terlibat dengan tabiat merokok. Walaupun selama ini disyaki beberapa strategi telah digunakan untuk menarik langganan remaja, hal ini terus terbukti melalui catatan-catatan yang terdapat dalam dokumen-dokumen syarikat tembakau.

Salah satu daripada dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa ada rancangan yang digubal oleh syarikat rokok untuk disasarkan kepada remaja berumur 16 tahun.

Syarikat rokok mengakui bahawa pada peringkat umur seperti ini, mereka lebih mudah dipengaruhi dengan berbagai daya tarikan yang mendorong mereka merokok.

Syarikat-syarikat rokok juga faham bahawa tabiat yang dipupuk pada peringkat remaja akan berpanjangan sehingga umur mereka lebih lanjut.

Tambahan pula nikotin dalam rokok akan menentukan bahawa mereka apabila mula merokok akan terus bergantung dengannya. Ini sekali gus menjamin pasaran rokok yang bukan sahaja stabil tetapi terus berkembang dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, tidak syak lagi yang kalangan remaja dijadikan mangsa dan bilangan ini terus meningkat tahun demi tahun.

Muslihat 5: Promosi merokok berasaskan perkauman:

Ini merupakan satu lagi aspek yang amat memeranjatkan yang selama ini tidak diketahui umum.

Dokumen-dokumen yang diperolehi juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat rokok mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memasarkan rokok.

Mereka dengan bukan sahaja peringkat umur, aspek jantina, tetapi juga disalurkan secara halus khasnya kepada kaum-kaum tertentu seperti orang-orang keturunan Afrika, Hispanik (Selanyol) mahupun keturunan Yahudi yang terdapat di Amerika Syarikat.

Ini adalah dengan tujuan mendapatkan pasaran yang lebih menyeluruh di kalangan semua kaum. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa syarikat tembakau pada amnya tidak menghiraukan sama sekali kedudukan sesuatu bangsa itu asalkan sahaja pasaran rokok dapat dilariskan.

Artikel daripada: http://www.prn2.usm.my Sumber: http://xcallibur.blogspot.com/

KLIK

No Comments
Read More
« SILA KLIK SINI UNTUK PAGE YANG BERIKUTNYA
Search:
Kedai herba sudah di buka.. sila klik

tag cloud

Abqori IQ Az-Zahraa Corset Bengkoang Whitening Bengkung Tujuh Meter Brutal 31 Bumiku Herba Resdung Forehead thermometer Jeli Gamat Luxor Kaplet Ayudara kencing sakit Krim Gamat Krim Haruan Krim Lelaki Krim urut Payudara lawas kencing Losyen Kamar Sutera Lotion Power 3 Lines Luxor Magic Man Cream Masker Payudara Melangsingkan Perut Mustika Ratu Pandan Tonik Rambut Penyakit Buasir Penyakit kanser Penyakit Keputihan Perubatan Homeopati Pil Haruan Produk Herba Produk HPA Produk Lelaki Produk Mustika Ratu Produk Natasya Produk Wanita Rawatan Buasir Rawatan Keputihan Rawatan Kulit Rawatan Resdung Sabun Herba Krim Herba Safi Rania Gold Set Bersalin HPA Set Perawatan Payudara Shark Cartilage susu kambing Tablet Haruan Omega Tahan Lama Teh Kacip Fatimah Teh Manjakani Ubat Tahan Lama vco
  • Info Terbaru

    • Avail Beauty Tuala Wanita Herba Kapas Lembut Pantiliners ( FC BIO SANITARY HERBAL PAD )
    • HR Susu Kambing HiGoat
    • Kebaikan Sinari Hempedu Bumi Untuk Kesihatan
    • Air ECPI Untuk Kesihatan
    • Kotra Pharma Creobic Gold Untuk Rawatan Jangkitan Kulat
    • Keputihan Ketika Hamil
    • Herba Rendaman Kaki TYT Untuk Kesihatan
    • Organik Mengkudu HPA Untuk Kesihatan Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur.
    • Sinari Saw Palmetto Plus Flax Seed Mengatasi Pembekakan Prostat ( BPH )
    • Sinari Kapsul Misai Kucing Bagi yang Menghadapi Masaalah Kencing.
    • Examo 500 CKM Untuk Cerdas Minda Sesuai Semua Peringkat Umur
    • SUSU KAMBING – TANPA GULA TANPA BAU KAMBING Dr Goat
    • Toileting Folding Commode
    • Penyakit Kanser
    • Homepage Krim Tahan Lama
  • Random Posts

    • Minyak Herba Dari HPA
    • ROKOK Membunuh Anda, AWAS!
    • BABI MENGIKUT DUNIA FARMASI
    • Roselle Kapsul Baik Untuk Awek Muda
    • STOP Cigar Clear Kit Berhenti Merokok Bagi Perokok Tegar
    • Teh Herba Rampisari Petani
    • Cream Vitamin E Untuk Menghilangkan Parut Serta Melembutkan Kulit.
    • Tok Guru Asy-Syifa Tulisan Ayat-Ayat Al-Quran Di Atas Pinggan Putih
    • Sari Sehat Merit Untuk Kurus Dan Senang Buang Air Besar
    • Rawatan Herba HPA Dijamin Halal Suci Dan Selamat.
    • Plugin By King Size Duvet
  • Link KedaiHerba.Com

    • Alatan Kesihatan
    • De'putih & Natasya
    • Kosmetik & Jagaan Diri
    • Minuman Kesihatan
    • Pakej Rawatan Herba
    • Produk Herba
    • Produk Khas Lelaki
    • Produk Khas Wanita
    • Produk Kurus Badan
    • Produk Minyak Angin
    • Produk Mustika Ratu
    • Vitamin Dan Minda
  • Iklan Disini

    Teknik Blog
    kedaiherba
    suamihero
    dinar
  • Kategori

    • Alatan Kesihatan
    • Info Semasa
    • Makanan Kesihatan
    • Penyakit
    • Produk Bersalin
    • Produk De'Putih
    • Produk Herba
    • Produk HPA
    • Produk Khas Lelaki
    • Produk Khas Wanita
    • Produk Krim & Lotion
    • Produk Kurus Badan
    • Produk Manjakani
    • Produk Mustika Ratu
    • Produk Natasya
    • Safi Rania Gold
  • Himpunan Artikel

    • April 2011 (4)
    • March 2011 (14)
    • February 2011 (1)
    • February 2010 (1)
    • December 2009 (9)
    • November 2009 (7)
    • October 2009 (5)
    • August 2009 (9)
    • July 2009 (37)
    • January 2009 (2)
    • December 2008 (3)
    • November 2008 (6)
    • October 2008 (17)
    • September 2008 (21)
    • August 2008 (12)
    • July 2008 (4)
  • Pages

    • Free Download
    • Hubungi Saya
    • Kenali Saya?
  • Pelawat Online

    • 5 Users Online
  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Nak Tanya Sikit?


    ShoutMix chat widget
  • Undian Anda Amat Di Alukan

    Apa Pendapat Anda Tentang Blog Saya Ni?

    View Results

    Loading ... Loading ...
    • Polls Archive
  • Silalah Undi

    Adakah Maklumat Dalam Blog Ini Membantu Anda ?

    View Results

    Loading ... Loading ...
    • Polls Archive
© All Rights Reserved. INFO SIHAT
Free wordpress themes Designed by AskGraphics web design